Social Icons

GAMBAR SK KENIOGAN



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 3 April 2015

Tutorial : Cara Menghidupkan generator di Sk Keniogan

Video ini merupakan tutorial untuk menghidupkan generator Di Sk Keniogan.. Ribuan terima kasih buat Cikgu Bijay diatas tunjuk Ajar anda..



Majlis Persaraan Cikgu Basah Bin Tarah

Kami di Sk Keniogan mengucapkan ribuan terima kasih buat cikgu Basah diatas segala sumbangan yang telah cikgu berikan sepanjang perkhidmatan cikgu di Sk Keniogan..


Sunday, 12 January 2014


SEJARAH SEKOLAH SK KENIOGAN


Sekolah Kebangsaan Keniogan merupakan sekolah yang terletak di pulau dalam Daerah Beluran. Perjalanan ke Keniogan mengambil masa 1 jam setengah menggunakan bot dari Beluran. Hampir semua murid berasal dari Keniogan dan berbangsa Bajau.

Sejarah perkembangan pendidikan di Kampung Keniogan, Beluran bermula pada tahun 1950,  dengan kehadiran budak tempatan yang bernama Bahudin Bin Nudin yang dahulunya mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Pekan Beluran. Kemudian, beliau dihantar berkursus ke Sekolah Latihan (Tred School) di Menggatal Jesselton, Kota Kinabalu.

Di atas desakan dan dorongan yang begitu kuat daripada Allahyarham Tuan Hj Aziz Bin Maris telah menemui Pegawai Daerah Beluran yang pada masa itu Encik C. E. V Linggam meminta supaya Encik Bahudin Bin Nudin ditugaskan di Kampung Keniogan untuk mengajar anak-anak tempatan yang pada masa itu langsung tidak dapat mengenal huruf. Walaupun pada masa itu kursus Encik Bahudin di Menggatal belum lagi tamat. Namun, di atas desakan yang begitu kuat maka Encik Bahudin akur di atas permintaan tersebut. Pada masa itu, Encik Bahudin telah mendapat elaun saguhati daripada ibu bapa pelajar sebanyak RM 3.00 sahaja.

Sebuah bangunan milik Allahyarham  Encik Ratib bin Borong telah beliau sumbangkan sebagai tempat belajar dan tempat tinggal Encik Bahudin. Tiang bangunan tersebut diperbuat daripada kayu geriting,  dinding dan lantai diperbuat daripada papan manakala nipah pula digunakan sebagai atap.

Pada peringkat permulaan, seramai 50 orang murid telah diajar sehinggalah pada tahun 1952, pembelajaran tidak dapat diteruskan. Keadaan ini disebabkan oleh anak-anak murid telah mengikuti ibu bapa mereka berhijrah ke Kampung Tetabuan yang mana pada masa itu kampung tersebut sangat terkenal dalam menjalankan perusahaan mutiara dan selisip yang boleh membawa keuntungan lumayan.

Pada tahun 1967, sebuah sekolah baru telah dibina oleh kerajaan di Kampung Keniogan. Pada tahun 1972, pihak Jabatan Pendidikan telah menyalurkan peruntukan untuk membina sebuah lagi bangunan sekolah dan sebuah bangunan rumah guru. Sekitar tahun 1972, satu lagi bangunan sekolah dan satu bangunan rumah guru telah dibina.


Pada tahun 1985, projek kilat untuk membina satu bangunan sekolah panjang dan rumah guru berkembar telah dibuat di Kampung Keniogan memandangkan bertambahnya bilangan pelajar dan juga tenaga pengajar. Pada tahun 1992, pihak Jabatan Pendidikan telah menyediakan peruntukan pembinaan satu bangunan Pra Sekolah. Pada tahun 1993, pembinaan Taman Rekreasi Pra Sekolah telah dibuat oleh Jabatan Pendidikan. Kerajaan turut memberi peruntukan yang berjumlah setengah juta untuk mendirikan dua buah sekolah konkrit. Pembinaan yang bermula pada tahun 2002 telah siap pada tahun 2003 dan telah digunakan untuk pembelajaran warga SK Keniogan
 
Blogger Templates